Friday, February 11, 2011

Situasi 4 (Dalam Bas)

Waktu balik dari kelas, bas sudah penuh. Oleh itu, saya dan kawan saya berdiri di tepi pintu bas. Selepas itu, pak cik bas pun marah dan mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya dikeluarkan.

Pak Cik : Hei, nak mati ka?

Budak-budak lain pun masuk dalam lagi. Saya dengan kawan saya pun masuklah dalam lagi. Kawan saya pun bengang dengan pak cik tu. Bukan dengan kami je dia cakap macam tu tapi dengan budak lain pun dia cakap macam tu. Sampai nak bergaduh. Bagi saya, bukan tak boleh menegur, boleh sangat-sangat bak kata pepatah “Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan” tetapi cara menegur tu biarlah berhikmah. Cakaplah dengan beradab sopan. Tapi, mungkin pak cik tu tengah ada masalah. Sebab dia tak boleh nak atasi masalah itu, dia pun marah untuk menghilangkan masalah. Tetapi masalah tidak akan hilang dan selesai hanya dengan memarahi orang lain yang tidak berkaitan dengan masalah tersebut. Di sini ada 10 tips untuk menyelesaikan masalah :

Cara-cara menangani Masalah yang sedang dihadapi 

1.Terima kenyataan bahawa kita sedang menghadapi masalah.
- Berhenti menyalahkan orang lain terhadap masalah yang sedang kita hadapi. Anggap masalah itu sebagai peluang untuk menguji keupayaan kita. Jangan duduk temenung.

2. Mengenal pasti apakah masalah yang dihadapi.
- Sekali lagi, berhenti menyalahkan orang lain. Sebaliknya mencari apa masalahnya. Senaraikan masalah yang dihadapi.

3. Masalah itu milik siapa.
- Setelah senaraikan masalah, kenal pasti hak milik masalah tersebut.Jangan bebankan diri memikirkan masalah milik orang lain.

4. Berbincang dengan orang lain.
- Pilih orang yang sesuai, kebiasaannya orang yang berpengalaman dan boleh membantu memberikan idea.

5. Kenapa masalah itu timbul
- Punca belum tentu dapat menyelesaikan masalah. Tetapi penting untuk memastikan perkara yang sama tidak berulang.

6. Apa yang memburukkan lagi keadaan.
- Mengenal pasti perkara yang memburukkan keadaan adalah baik dan di peringkat tindakan, kita dapat elakkannya.

7. Fikirkan tiga cara untuk memperbaiki keadaan.
  • Tindakan kecemasan untuk sekarang
  • Tindakan pemulihan untuk sebentar lagi
  • Tindakan jangka masa panjang
8. Jika perlu minta bantuan orang lain.
- Belajar bagaimana untuk berinteraksi secara persuasif. Perlu tahu bagaimana untuk mempengaruhi orang lain.

9. Rekodkan usaha kita.
- Setiap kali selesai masalah, rekodkan ia. Proses ini dapat mempertingkatkan diri kita walaupun proses dilihat perlahan.Sekurang-kurangnya kita tahu kita sedang menyelesaikan masalah.

10.Masalah adalah CABARAN dan PELUANG.
- Tanpa masalah, hidup mentara dan tiada irama. Setiap kali berjaya menyelesaikan masalah, potensi diri kita akan meningkat. Pengalaman semakin bertambah dan keyakinan semakin meningkat.

11. Kembali kepada Allah s.w.t
- Apa jua yang kita lakukan, ingatlah semuanya adalah daripada Allah.Justeru , sentiasa berdoa agar segala masalah yang kita hadapi dapat kita selesaikan dengan baik dan juga mendapat kebaikan daripadanya.
- sumber diperoleh daripada Ahmad Fadzli Yusof-


Situasi 3 ( Hari Terbuka KHAR )


Waktu tu tengah jalan-jalan di Khar. Lepas itu, ada kawan menyuruh pergi derma darah.
Kawan  : Pergi la derma darah. Semalam aku dah derma darah.
Saya     : Sakit tak? ( Persoalan yang bermain di minda akhirnya terkeluar dengan spontan )
Kawan  : Tak sakit la. Rasa macam kena gigit semut je. Kau pergila derma.
Saya     : Ok.
Tempat derma darah waktu lengang lagi. Saya dengan kawan saya pergila memeriksa gigi dahulu. Lepas itu, pergi timbang berat badan dan memeriksa tekanan darah. Semuanya stabil. Lepas itu, periksa jenis darah dan kepekatan darah. Darah jenis O dan kepekatan darah 11.5. Semuanya stabil dan sihat. Doktor cakap boleh derma darah tapi mesti makan dulu. Waktu derma darah tu takut dan berdebar-debar. Jururawat tu cakap ‘jangan takut dik, takde pe’. Saya hanya senyum je. Waktu nak cucuk jarum tu jururawat tu cakap ‘urat adik terlalu halus dan urat tu dekat sangat kat tulang’. Jururawat tu pun tak berani nak cucuk. Lepas itu, dia tengok tangan kiri. Jururawat tu cakap ‘urat tangan kiri ni ada dan besar’. Waktu jururawat tu nak cucuk dia cakap urat tu hilang. Jururawat tu pun pukul sedikit dan goyangkan tangan saya. Lepas itu, urat tu muncul balik. (Urat ni buat orang berdebar-debar sahaja) Betul cakap kawan saya, waktu dia cucuk tu tak sakit, rasanya macam kena gigit semut. Lepas menderma 1 pain darah, jururawat tersebut menyuruh rehat selama 5 minit. Lepas itu, bangun dan rehat selama 10 minit. Selepas keluar dari tempat menderma darah tu, minum dan makan kuih gelang. Selepas rehat, saya ajak kawan saya pergi gerai. Lepas itu, pengsan. Buat pertama kalinya saya merasakan teruknya pengsan. Waktu nak pengsan tu kepala macam berpusing, penglihatan macam samar-samar, lepas itu, rasa nak muntah (macam-macam ada...teringat pulak iklan Astro). Nasib baik ada kawan-kawan yang tolong jaga. Lepas itu, kawan bawa pergi surau di Khar. Saya tidur la kat situ, lepas baik sikit balik kolej. Kesimpulannya, kalau hendak pergi menderma darah, kita mestilah cukup makan dan cukup rehat supaya tidak pengsan. Bahasa yang digunakan oleh jururawat itu sungguh menarik kerana bahasa yang digunakan itu boleh memujuk pelajar untuk menderma darah tanpa rasa takut. Kemudian, bahasa badan yang digunakan contohnya senyum menyebabkan pelajar tenang dan tidak takut.




Sunday, February 6, 2011

Situasi 2 ( Kuliah Maghrib)

Bentuk-bentuk pertolongan di akhirat kelak.
1) Orang yang menghafaz al-Quran
-Mereka dapat memberi syafaat kepada keluarganya
2) Orang yang berilmu
- Bagi syafaat kepada orang yang belajar dengannya
3) Kasih akan ulama
Ada seorang lelaki ditimbang kebaikan dan kejahatannya.maka kejahatannya lebih berat daripada kebaikannya.jadi dia diletakkan ke dalam neraka.dalam perjalanan ke neraka, Allah memanggil malaikat Jibrail. Allah memerintahkan malaikat Jibrail bertanya kepada lelaki tersebut soalan-soalan berikut :
Malaikat Jibrail :  Pernah tak awak duduk sekali dengan orang alim atau ulama?
Lelaki : Tak pernah.
Malaikat Jibrail : Pernah tak awak kasih dan sayang akan orang alim atau ulama?
Lelaki : Tak pernah.
Malaikat Jibrail : Pernah tak awak makan sedulang atau semeja atau makan satu hidang bersama orang alim atau ulama?
Lelaki : Tak pernah.
Malaikat Jibrail : Pernah tak awak duduk di kawasan yang terdapat orang alim atau ulama?
Lelaki : Tak pernah.
Malaikat Jibrail : Pernah tak awak kasih dan sayang seseorang yang mengasihi orang alim atau ulama?
Lelaki : Pernah
Allah memerintahkan malaikat Jibrai mengambil tangan lelaki itu dan mengampunkannya.
“Maka tidak akan masuk syurga seseorang itu melainkan dengan rahmat Allah (anugerah Allah)”

Saya sangat suka penggunaan cerita dalam menyampaikan pengajaran. Ustaz ini sangat pandai menggunakan teknik penceritaan sehinggakan pendengar menjadi minat untuk mendengar kuliah beliau. Penggunaan bahasa yang digunakan juga mudah dan jelas. Hal ini memudahkan pendengar memahami apa yang hendak disampaikan oleh beliau.

Situasi 1 (Dalam Kelas)


Pensyarah : Esok saya tidak dapat hadir. Jadi kelas esok batal.
Beberapa orang pelajar ‘mengeluh’ dan ada juga mengatakan ‘yes’.

Selepas itu, pensyarah cuba menerapkan modal insan dalam diri pelajar. Pensyarah tersebut mengatakan kalau pelajar mengeluh tu ada dua sebab samaada gembira atau tidak gembira. Kalau pelajar gembira kerana tidak ada kelas maka dalam diri pelajar tersebut perlu diterapkan lagi modal insan dalam dirinya. Kalau pelajar tidak gembira sebab tidak ada kelas maka modal insan sangat tinggi. Pada pendapat saya pensyarah ini sangat berhikmah menasihati pelajarnya. Terdapat segelintir pensyarah akan memarahi pelajarnya jika pelajar mengatakan ‘yes’. Namun, pensyarah ini menggunakan pelajaran pada hari itu untuk menasihati pelajarnya. Beliau mengaitkan dengan tahap modal insan yang terdapat dalam diri pelajar. Saya tertarik juga dengan penggunaan mimik muka pelajar-pelajar ada yang tersenyum, ada yang tidak ada perasaan dan ada juga yang buat-buat sedih.